Saturday, February 2, 2013

10 tanda

Assalamualaikum..

Hari ni teringin membicarakan tentang jodoh..Jom kita baca2 isi ilmu dalam dada..ini skadar copy paste shaja..tak salah kan?utk permulaan blogger mcm sy.. :)


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Ya Allah..Kirimkanlah aku seorang suami yang boleh membimbingku di jalanMu..Aaaminn :)

Friday, February 1, 2013

kita sering alpa...

Assalamualaikum..

First..mari kita berselawat..

Allahumma Solli 'ala Muhammad,Wa 'ala ali Muhammad..
Allahumma Solli 'ala Muhammad,Wa 'ala ali Muhammad..
Allahumma Solli 'ala Muhammad,Wa 'ala ali Muhammad..
Allahumma Solli 'ala Muhammad,Wa 'ala ali Muhammad..
Allahumma Solli 'ala Muhammad,Wa 'ala ali Muhammad..
Allahumma Solli 'ala Muhammad,Wa 'ala ali Muhammad..
Allahumma Solli 'ala Muhammad,Wa 'ala ali Muhammad..
Allahumma Solli 'ala Muhammad,Wa 'ala ali Muhammad..
Allahumma Solli 'ala Muhammad,Wa 'ala ali Muhammad..
Allahumma Solli 'ala Muhammad,Wa 'ala ali Muhammad..

Barangsiapa berselawat padaku 10x pada waktu pagi dan 10x pada waktu petang,ia akan memperolehi syafaatku pada hari akhirat kelak.( HR.At-Tabrani )

Jadi,apa yang menghalang untuk kita berselawat pada Rasulullah s.a.w?

Tidakkah mahu kita mendapat syafaat dari Baginda?

Marilah kita beristiqamah berselawat pada Baginda.. biarpun sekali..

Barangsiapa berselawat padaku 1x,maka Allah memberi rahmat kepadanya 10x.(HR.Muslim)

Allahurabbi..senangnya kita nak memperolehi pahala kan?cuma..kita ni saja yang selalu alpa..kenapa nama2 org lain kita bole ingat..smpai nama datuk nenek moyang pun di ingat.. tapi mau berselawat 1x pada Baginda pun sukar utk kita.. Allah.. saya la org2 yang seringkali alpa mengingati Rasulullah..Semoga hati ini terus bermujahadah utk mencintai Allah dan kekasihNya..

Semoga hati kita dipenuhi cinta untuk Allah dan Rasulullah..Aaaaminn


Wednesday, January 30, 2013

Raja segala Raja..

Raja Dunia,Raja Akhirat..
Raja Neraka,Raja Syurga,
Dialah Raja segala Raja,
Raja segala Makhluk..
Tumbuh-tumbuhan bertasbih,
MentauhidkanNya..
Hanya DIA yang Maha ESA..
Tersemat dalam hati..
Keyakinan..Hanya Dia Tuhan..
Yang berada di Arasy..

Kalimah La Illa Ha Illallah..
Dilaungkan Takbir..
Allahuakbar..
Hingga bergema di luar angkasa,
Menunjukkan betapa besar kuasaNya..
Meliputi seluruh alam..

Dalam dada,
Ada tersimpan rasa cinta,
Rasa rindu..
Kerana..
Semua adalah anugerah dari Nya..
kepada seluruh makhluk..

Allah..
Allah..
Allah..
Aku cinta padaMU..
Aku rindu sapaanMU..
Tuntunlah aku..
Setiap hembusan nafas,
anugerah dariMu..
Alhamdulillah...
Engkau Tuhan yang Maha Memberi nikmat..
rahmat,ketenangan...dan kecintaan..


Sunday, January 27, 2013

:)

A076
Allah mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka; dan kepada Allah jualah kembalinya segala urusan.










Wednesday, January 23, 2013

Sambutan maulidurasul

Sambutan Maulidur Rasul Adalah Bid'ah Hasanah. ^^

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Para ulama’ dulu dan kini berbeza pendapat tentang hukum kebolehan menyambut Maulidur Rasul ini. Pada kesempatan ini, akan dilampirkan hujjah kedua-dua belah pihak setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.

HUJAH PENENTANG MAULIDUR RASUL

Berikut antara pendapat mereka yang menentang sambutan Maulidur Rasul bersertakan hujah-hujahnya:

1) Nabi Muhammad SAW tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi SAW telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang Nasrani memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari: “Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kaum Nasrani memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, ‘hamba Allah dan pesuruh Nya.”(Au kama qala al-Nabi)

Namun, terdapat athar pula yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyuruh agar umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat, perkara tersebut difahami sebagai berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah: Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”

2) Terdapat hadis yang menegaskan hukum haram melakukan penambahan dalam ibadah yakni yang tidak dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW bersabda : “…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu adalah sesat“ . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

3) Para sahabat Rasulullah SAW dan juga umat Islam pada tiga abad selepasnya juga tidak pernah merayakan Maulidur Rasul ini walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw berbanding umat Islam yang terkemudian. Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka.

Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya, sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan.

Perayaan Maulid Nabi ini datang beberapa abad kemudian (selepas tiga kurun terbaik tersebut), yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar pada masa itu sudah hilang dan bid’ah (pertambahan dalam perkara ibadah) pula telah berleluasa.

4) Allah berfirman di dalam Al-Quran: Katakanlah, “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Katakanlah, “Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir”. (QS. 3:31-32)

Ayat-ayat al-Quran ini menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi yang membuktikannya ialah; menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakala ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul-Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaatinya adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang-orang kafir.

5) Dalam al-Quran juga Allah telah menegaskan tentang perkara ibadah yang mana telah sempurna pada zaman Rasulullah SAW lagi. Umat terkemudian sepatutnya mengikuti segala pakej ibadah Baginda tanpa perlu kepada penambahan-penambahan. Firma Allah “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu” (QS. 5:3)

Firman Allah lagi “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)

6) Kata-kata sahabat Rasulullah saw:

Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : “Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya”
Dan berkata Ibnu Mas’ud :”Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu – perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)”

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Antara ulama’ yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin al-Suyuti, Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan lain-lain seperti berikut:

Imam Jalaluddin al-Suyuti berpendapat: “Ibadat macam itu adalah Hasanah (amalan baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.

Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan pula menyatakan: “Telah berlaku kebiasaan bahawa apabila orang mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (baik) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya hal serupa itu telah banyak dikerjakan oleh ulama-ulama ikutan umat”

Syeikh Atiah Saqr pula menambah: “Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid al-Rasul. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dalam syariat. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat, jika sesuatu acara tidak dilangsungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat pula.”

Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini. Beliau berkata(ringkasan): “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan perihal mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertimana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu tentang Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul pada masa kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan yang ditentang oleh Islam.

Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam bawaan semula Baginda SAW. Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara melanggar syariat. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan sejarah kesucian, keagungan, pemerintahan Islam sebagaimana bawaan Rasulullah SAW”

Berikut pula adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid:
1) Allah berfirman: “maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.” – Al-Araf: 157 Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah: “Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.”-Ibrahim. Ayat 5. Keterangan: Al-Baihaqi di dalam “Syakbu al-Iman” daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.”

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.” Maka Nabi SAW berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.” – [Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Sharh al-Bukhari yang bernama Fath al-Bari berkata: dari hadis ini dapat dipetik hukum: – Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi’raj dan lain-lain. – Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas peristiwa hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak (kebenaran)

4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.” Keterangan: Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Di Malaysia, hari kelahiran Nabi Muhammad SAW (Maulid al-Nabi) telah diisytiharkan sebagai cuti umum. Langkah ini adalah wajar bagi memberi ruang umat Islam di negara ini melakukan muhasabah yang membangkitkan lagi rindu, cinta untuk mengikuti segala yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW (syariat Islam).

Amat malang bagi mereka yang hanya menjadikan cuti umum tersebut semata-mata bagi mencukupkan (qada) tidur, bahkan teramat malang bagi mereka yang memenuhinya dengan pelbagai perkara maksiat, atau menganjurkan program pembuka maksiat iaitu dengan membuka ruang pecampuran (ikhtilat) antara muslim lelaki dan wanita.

Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meninggalkan kita begitu sahaja tanpa tugasan, Baginda telah meninggalkan tugas yang telah memuliakan umatnya berbanding umat-umat terdahulu, iaitu ‘dakwah fi sabilillah’. Usaha dakwah (mengajak semua manusia ke arah memperbanyakkan yang makruf [baik, benar dan hak] dan meninggalkan yang mungkar [dosa, maksiat dan sesat] hendaklah dipikul bukan sahaja oleh ahli-ahli yang berkelayakkan sijil agama (ustaz, ustazah, imam, kadi, hakim syarie dll) tetapi ia adalah tanggungjawab setiap muslim lelaki dan muslimah wanita dalam kadar bidang tugas dan peranan masing-masing.

Dan, peranan ahli-ahli dalam bidang agama itulah yang sepatutnya menjadi teladan. Tiada teladan pula lah, sekiranya ahli-ahli berkenaan tidak berfungsi.

Wallahu'alam.

-Akhi Asif Anuar-

Tuesday, January 22, 2013

Handle rasa takut

Bila kita rasa takut .... Ta'awuz lah...

Tidak dinafikan saya memang ada rasa takut pada makhluk2 Allah yang lain.Terutamanya makhluk haluslah..

Tapi..bila difikir balik..kenapa saya harus takutkan diorang sedangkan diorang pun makhluk Allah juga?

Jadi..untuk menghilangkan rasa takut tu,saya banyak2an membaca ta'awuz..

Dan bila kita nak baca AL-QURAN pun..kita kena berta'awuz..seperti dalam firman Allah.. dalam surah An-Nahl ayat 98..

Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.

Ta'awuz juga merupakan satu cara untuk kita bertawakkal hanya pada Allah :) 

Sunday, January 20, 2013

Cabang-cabang iman


Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, "Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang (riwayat lain tujuh puluh tujuh cabang) dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah mebuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman. "(Ashhabus Sittah).Banyak ahli hadith yang menulis risalah mengenai cabang iman di antaranya ialah: Abu Abdillah Halimi rah a dalam Fawaidul Minhaj, Imam Baihaqi rah a dalam Syu'bul Iman, Syaikh Abdul Jalil rah a dalam Syu'bul Iman, Ishaq bin Qurthubi rah a dalam An Nashaih, dan Imam Abu Hatim rah a dalam Washful Iman wa Syu'buhu.Para pensyarah kitab Bukhari rah a menjelaskan serta mengumpulkan ringkasan masalah ini dalam kitab-kitab tersebut. Walhasil pada hakikatnya iman yang sempurna itu mempunyai 3 (tiga) bahagian:Tashdiq bil Qalbi, iaitu meyakini dengan hati,Iqrar bil Lisan, mengucapkan dengan lisan, danAmal bil Arkan, mengamalkan dengan anggota badan.

Cabang iman terbahagi lagi menjadi 3 (tiga) bahagian
iaitu yang berkaitan dengan:
A) Niat, aqidah, dan amalan hati;
B) Lidah; dan
C) Seluruh anggota tubuh.Yang Berhubungan dengan Niat, Aqidah, dan Hati
::::

  • 1) Beriman kepada Allah, kepada Dzat-Nya, dan segala sifat-Nya, meyakini bahawa Allah adalah Maha Suci, Esa, dan tiada bandingan dan perumpamaannya.
  • 2) Selain Allah semuanya adalah ciptaan-Nya. Dialah yang Esa.
  • 3) Beriman kepada para malaikat.
  • 4) Beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah kepada para Rasul-Nya.
  • 5) Beriman kepada para Rasul.
  • 6) Beriman kepada takdir yang baik mahupun buruk, bahawa semua itu datang dari Allah.
  • 7) Beriman kepada hari Kiamat, termasuk siksa dan soalan di dalam kubur, kehidupan selepas mati, hisab, penimbangan amal, dan menyeberangi sirat.
  • 8) Meyakini akan adanya Syurga dan Insya Allah semua mukmin akan memasukinya.
  • 9) Meyakini neraka dan siksanya yang sangat pedih untuk selamanya.
  • 10) Mencintai ALLAH
  • 11) Mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah termasuk mencintai para sahabat, khususnya Muhajirin dan Ansar, juga keluarga Nabi Muhammad saw dan keturunannya.
  • 12) Mencintai Rasulullah saw, termasuk sesiapa sahaja yang memuliakan beliau, berselawat atasnya, dan mengikuti sunnahnya.
  • 13) Ikhlas, tidak riya 'dalam beramal dan menjauhi nifaq.
  • 14) Bertaubat, menyesali dosa-dosanya dalam hati disertai janji tidak akan mengulanginya lagi.
  • 15) Takut kepada Allah.
  • 16) Selalu mengharap Rahmat Allah.
  • 17) Tidak berputus asa dari Rahmat Allah.
  • 18) Syukur.
  • 19) Menunaikan amanah.
  • 20) Sabar.
  • 21) Tawadhu dan menghormati yang lebih tua.
  • 22) Kasih saying, termasuk mencintai anak-anak kecil.
  • 23) Menerima dan redha dengan apa yang telah ditakdirkan.
  • 24) Tawakkal.
  • 25) Meninggalkan sifat takabbur dan membanggakan diri, termasuk menundukkan hawa nafsu.
  • 26) Tidak dengki dan iri hati.
  • 27) Rasa malu.
  • 28) Tidak menjadi pemarah.
  • 29) Tidak menipu, termasuk tidak berburuk sangka dan tidak merancang keburukan atau maker kepada sesiapa pun.
  • 30) Mengeluarkan segala cinta dunia dari hati, termasuk cinta harta dan pangkat.2. Yang Berhubungan dengan Lidah
  • 31) Membaca kalimat Thayyibah.
  • 32) Membaca Al Quran yang suci.
  • 33) Menuntut ilmu.34) Mengajarkan ilmu.
  • 35) Berdoa.
  • 36) Dzikrullah, termasuk istighfar.
  • 37) Menghindari bicara sia-sia.3. Yang berkaitan dengan Anggota Tubuh
  • 38) Bersuci. Termasuk kesucian badan, pakaian, dan tempat tinggal.
  • 39) Menjaga solat. Termasuk solat fardhu, sunnah, dan qadha '.
  • 40) Bersedekah. Termasuk zakat fitrah, zakat harta, member makan, memuliakan tetamu, serta membebaskan hamba sahaya.
  • 41) Berpuasa, wajib mahupun sunnah.
  • 42) Haji, fardhu mahupun sunnah.
  • 43) Beriktikaf, termasuk mencari lailatul qadar di dalamnya.
  • 44) Menjaga agama dan meninggalkan rumah untuk berhijrah sementara waktu.
  • 45) Menyempurnakan nazar.
  • 46) Menyempurnakan sumpah.
  • 47) Menyempurnakan kifarah.
  • 48) Menutup aurat ketika solat dan di luar solat.
  • 49) Berkorban haiwan, termasuk memperhatikan haiwan korban yang akan disembelih dan menjaganya dengan baik.
  • 50) Mengurus jenazah.
  • 51) Menunaikan hutang.
  • 52) Meluruskan mu'amalah dan meninggalkan riba,
  • 53) Bersaksi benar dan jujur, tidak menutupi kebenaran.
  • 54) Menikah untuk mengelakkan perbuatan keji dan haram.
  • 55) Menunaikan hak keluarga dan sanak kerabat, serta menunaikan hak hamba sahaya.
  • 56) Berbakti dan menunaikan hak orang tua.
  • 57) Mendidikan anak-anak dengan tarbiyah yang baik.
  • 58) Menjaga silaturrahim.
  • 59) Taat kepada orang tua atau yang dituakan dalam agama.
  • 60) Menegakkan pemerintahan yang adil
  • 61) Menyokong jemaah yang bergerak di dalam kebenaran
  • 62) Mentaati hakim (kerajaan) dengan syarat tidak melanggar syariat.
  • 63) Memperbaiki mu'amalah dengan sesama.64) Membantu orang lain dalam kebaikan.
  • 65) Amar makruh Nahi Mungkar.66) Menegakkan hukum Islam.
  • 67) Berjihad, termasuk menjaga perbatasan.
  • 68) Menunaikan amanah, termasuk mengeluarkan 1/5 harta rampasan perang.
  • 69) Memberi dan membayar hutang.
  • 70) Memberikan hak tetangga dan memuliakannya.
  • 71) Mencari harta dengan cara yang halal.
  • 72) Menyumbangkan harta pada tempatnya, termasuk menghindari sifat boros dan kikir.
  • 73) Memberi dan menjawab salam.
  • 74) Mendoakan orang yang bersin.
  • 75) Menghindari perbuatan yang merugikan dan menyusahkan orang lain.
  • 76) Menghindari permainan dan senda gurau.
  • 77) Menjauhkan benda-benda yang mengganggu di jalan.

:)

Saturday, January 19, 2013

Kenali diri


Kenali diri kita. 


1. Dusta 
Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Yaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa." Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."
2. Khianat 
Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah melekat pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.
3. Fujur Dalam Pertikaian
Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau batas."
4. Ingkar Janji
Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)
5. Malas Beribadah 
Firman Allah SWT: "Dan apabila mereka berdiri untuk sholat, mereka berdiri dengan malas." (An-Nisa': 142) . Jika orang munafik pergi ke masjid atau surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid atau surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam sholat, apalagi untuk menyimak dan menghayatinya.
6. Riya
Di hadapan manusia dia sholat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepat sholatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan oleh Allah SWT.
7. Sedikit Berzikir 
Firman Allah SWT: "Dan apabila mereka berdiri untuk sholat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan sholat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali." (An-Nisa': 142) .
8. Mempercepat Sholat 
Mereka (orang-orang munafik) adalah orang yang mempercepatkan sholat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan dan kebesaran Allah SWT dalam sholatnya.
Hadith Nabi SAW: "Itulah sholat orang munafik, ... lalu mempercepat empat rakaat (sholatnya)"
9. Mencela Orang-Orang Yang Taat Dan Soleh 
Mereka memperolok orang-orang yang taat dengan ungkapan yang mengandung cemohan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya memperbincangkan sepak terjang orang-orang soleh dan orang-orang yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang-orang yang taat kepada Allah SWT
10. Mengolok-Olok Al-Quran, As-Sunnah, Dan Rasulullah SAW 
Termasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok) adalah memperolok-olok hal-hal yang disunnahkan Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, jatuh Kafir. Firman Allah SWT: "Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), niscaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa. " (At-Taubah: 65-66)
11. Bersumpah Palsu 
Firman Allah SWT: "Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai." (Al-Munafiqun: 2 & Al-Mujadilah: 16). Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku."
12. Enggan Berinfak 
Orang-orang munafik memang selalu menghindari hal-hal yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya' dan sum'ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.
13. Tidak Menghiraukan Nasib Sesama Kaum Muslimin 
Mereka selalu menciptakan kelemahan-kelemahan dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil, yiaitu sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik percaya bahawa orang-orang kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.
14. Suka Menyebarkan Khabar Dusta 
Orang munafik senang memperbesar peristiwa atau kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majelis-majelis pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak bersedia mengungkapkannya kepada masyarakat.
15. Mengingkari Takdir 
Orang munafik selalu membantah dan tidak ridha dpada takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila ditimpa musibah, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, niscaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada sesama manusia. Sungguh, dia telah mengkufuri dan mengingkari Qadha dan Takdir.
16. Mencaci Maki Kehormatan Orang-Orang Soleh
Apabila orang munafik membelakangi orang-orang soleh, dia akan mencaci maki, menjelek-jelekkan, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka di majlis-majlis pertemuan. Firman Allah SWT: "Mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan." (Al-Ahzab: 19)
17. Sering Meninggalkan Sholat Berjamaah 
Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur say'i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.
18. Membuat Kerusakan Di Muka Bumi Dengan Dalih Mengadakan Perbaikan 
Firman Allah SWT: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar." (Al-Baqarah: 11-12).
19. Tidak Sesuai Antara Zahir Dengan Bathin 
Secara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan Mereka masuk ke dalam Neraka. Penampilan zahirnya bagus dan mempesona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya ia main-main.
20. Takut Terhadap Kejadian Apa Saja 
Orang-orang munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu tidak tenang, keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan-persoalan hidup apapun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaan tidaklah selalu apalagi menjadi lebih baik.
21. Beruzur Dengan Dalih Dusta 
Firman Allah SWT: "Di antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir." (At-Taubah: 49) 
22. Menyuruh Kemungkaran Dan Mencegah Kemakrufan 
Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang-orang beriman. Mereka menggembar-gemborkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konser, menyebarkan majalah-majalah porno (semi-porno) dan narkoba. 
23. Bakhil 
Orang-orang munafik sangat bakhil dalam masalah-masalah kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mau bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.
24. Lupa Kepada Allah SWT 
Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka senantiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, lagu-lagu, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingat (berdzikir) Allah SWT, kecuali sebagai tipu daya kepada sewsama manusia semata.
25. Mendustakan Janji Allah SWT Dan Rasul-Nya 
Firman Allah SWT: "Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya." (Al-Ahzab: 12).
26. Lebih Memperhatikan Zahir, Mengabaikan Bathin 
Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan sholat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir. Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rusak dan lain sebaginya.
27. Sombong Dalam Berbicara 
Orang-orang munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak omong dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan ungkapan menakjubkan yang meyakinkan agar tampak seperti orang hebat, mulia, berwawasan luas, mengerti, berakal, dan berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apapun. Sama sekali tidak memiliki ilmu, bahkan bodoh.
28. Tidak Memahami Ad Din 
Di antara "keistimewaan" orang-orang munafik adalah: mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai mobil dan mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui hal-hal remeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi dialog (tanya-jawab tentang persoalan-persoalan Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak dapat menjawab.
29. Bersembunyi Dari Manusia Dan Menentang Allah Dengan Perbuatan Dosa

Orang munafik menganggap ringan perkara-perkara yang melawan hukum Allah SWT, menentang-Nya dengan melakukan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan kebalikannya; berpura-pura taat.

Firman Allah SWT: "Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahasia yang Allah tidak redlai. Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan. " (An-Nisa': 108)

30. Senang Melihat Orang Lain Susah, Susah Bila Melihat Orang lain Senang 
Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu. Semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan terhibur karena musibah itu.

#Mudah2an kita terhindar dari perkara2 mazmumah.aaaaminnn ya Allah...Barakallah